PETUA : 9 Petua Cara Hilangkan Kahak Secara Semulajadi & Berkesan! Share Supaya Ramai Boleh Cuba | Batuk
merupakan respon tubuh untuk mengeluarkan kahak, debu atau jerebu
melalui saluran pernafasan. Setiap orang pasti pernah mengalami batuk,
sekurang-kurangnya 1 tahun sekali. Batuk biasanya akan hilang dalam
waktu tiga minggu dan tidak memerlukan pengubatan khusus. Pemakaian ubat
batuk sampai kini belum terbukti sepenuhnya. Justeru orang lebih suka
memakai petua tradisional untuk meredakan batuk....
Namun
kadang kala batuk telah mulai sembuh namun kahak masih ada di dalam
rongga pernafasan kita. Ini menyebabkan rasa tidak selesa pada bahagian
dada dan adakalanya kita akan rasa seperti sukar untuk bernafas. ...
Jadi kami ingin kongsikan 9 petua menghilangkan kahak secara semulajadi dan berkesan:
Stim @ Wap panas
-Yang ni adalah cara yang paling mudah dan berkesan. Cuma gunakan air dan
halakan wap atau stim ke muka anda atau baby anda. *CAUTION: Stim
adalah amat panas. Lapiskan kain napkin yang nipis untuk pastikan stim
tidak terus menghala ke muka anda atau baby anda. Sambil tu tepuk-tepuk
belakang baby dengan perlahan dengan tujuan nak longgarkan kahak dan
lebih mudah disingkirkan melalui najis baby.
Madu
-Madu adalah makanan sunnah yang bersifat antioksidan yang kuat dan
anti-inflamasi. Bancuhkan sedikit madu bersama air suam dan minum setiap
hari sehingga kahak anda hilang. Ianya membantu merawat tekak anda yang
sedang perit dan membunuh bakteria yang terdapat pada kahak.
Larutan air garam
-kaedah yang amat mudah. Bancuhkan sesudu kecil garam masakan yang ada
kat dapur korang dengan air suam. Kumurkan dan pastikan anda kumur juga
pada tekak anda seperti di dalam gambar di bawah. Ulang semula sehingga
air garam anda habis. Lakukan setiap hari dan saya pasti tekak anda akan
lebih baik. Larutan garam membantu membunuh kuman penyebab batuk dan
sakit tekak anda.
Nenas
-buah nenas mengandungi sejenis enzim proteolitik yang dipanggil
bromelain. Bromelain membantu sistem pencernaan dan juga mencairkan
darah. Kajian menunjukkan pengambilan makanan mengandungi bromelain
seperti nenas membantu mengurangkan kahak. Minum 2 gelas jus nenas segar
sehari selama dua hingga tiga minggu.
Makanan bercili
-Makanan pedas bertindak sebagai natural decongestant, bermakna melegakan
tekak anda di mana ia membantu menguraikan kahak yang terkumpul di
belakang tekak anda. Contoh seperti cili cayenne membantu mengurangkan
kahak yang menghalang di belakang tekak. Selain itu makanan pedas juga
meningkatkan aliran darah dan oksigen pada tekak. Ini juga membantu
mengurangkan kahak pekat di tekak anda.
Kunyit
-Serbuk kunyit terkenal dengan sifat anti-inflamasi di mana ia membantu
mengurangkan kebengkakan membran mukus. Ini amat membantu dalam
pembentukan kahak. Serbuk kunyit juga membantu meningkatkan fungsi pundi
hempedu. Kajian menunjukkan fungsi pundi hempedu yang dipertingkatkan
dapat mengurangkan penghasilan kahak yang pekat. Larutkan 1/2 sudu teh
serbuk kunyit di dalam segelas air suam. Hirup perlahan-lahan bagi
membenarkan ia mengurangkan kahak yang terkumpul.
Teh bunga Chamomile
-Teh chamomile membantu melegakan tekak yang luka akibat inflamasi yang
boleh menjadi punca terjadinya kahak. Minuman ini juga boleh meredakan
membran mukosa yang perit. Caranya mudah saja. Masukkan 1-2 sudu teh
bunga chamomile kering ke dalam air panas. Rendamkan bunga tersebut
selama 5 minit. Tapiskan dan masukkan ke dalam cawan. Minum dengan
perlahan-lahan dan biarkan ia meresap ke dalam tekak anda.
Bawang putih
-Makan beberapa ulas bawang putih mentah terbukti membantu merawat kahak
pada tekak. Kandungan sulfur di dalam bawang putih membantu melonggarkan
kahak yang pekat. Sifat semulajadinya membantu mengeluarkan kahak yang
berlebihan dari dalam tekak. Mereka yang mengalami kahak yang banyak
boleh kunyah 2-3 ruas bawang putih mentah semasa perut kosong.
Minum air kosong banyak
-Pastikan pengambilan air kosong 6-8 gelas sehari membantu mengurangkan
pembentukan kahak. Air juga membantu menyingkirkan kahak yang berlebihan
yang terkumpul di belakang tekak. Sebaiknya, minum 2 liter air suam
untuk clearkan kahak
loading...
0 comments:
Post a Comment