Blog Archive

Ads

What’s Hot

Dulu Teguh Sekarang Roboh : Peringatan Dari ALLAH di Sebalik Runtuhnya Masjid- Masjid di Acheh

Dulu Teguh Sekarang Roboh : Peringatan Dari ALLAH di Sebalik Runtuhnya Masjid- Masjid di Acheh ...
ACEH - INDONESIA. Ada peringatan daripada yang Maha Esa di sebalik kejadian gempa bumi yg melanda Aceh kali ini apabila lebih banyak masjid runtuh...
-Demikian kata-kata yang diungkapkan oleh Ketua Panitia Masjid Jami Nur Abdullah, Gampong Paruh Keudeu, Kabupaten Pidie Jaya, Sahrul Abdullah yg mengulas kejadian itu...
-Menurutnya, jika dibandingkan dengan gempa bumi besar disertai tsunami pada 2004, sedikit sahaja masjid yang runtuh, namun keadaan berlaku sebaliknya dalam bencana kali in..i.  
-"Nasihat orang tua dahulu, perbanyakkan kegiatan beragama dan penuhilah masjid-masjid yang ada. Faktanya sekarang, masjid tidak banyak ada kegiatan dan tidak dipenuhi oleh jemaahnya," kata Sahrul seperti dipetik Antara News...
-Mengulas lanjut, Shahrul berkata, tindakan membina terlalu banyak masjid dalam satu daerah juga mungkin salah satu faktor, kerana dianggap tidak mematuhi saranan ulama & orang tua dahulu yang mensyaratkan pembinaan satu masjid sahaja dalam satu daerah...
-"Tapi sekarang setiap daerah mempunyai sampai dua, tiga masjid," kata Sahrul.
Katanya, ulama dahulu juga mengajarkan supaya pembangunan sesebuah masjid juga harus hasil daripada muafakat jemaah masjid.
-"Setelah memenuhi syarat daripada Ulama atau tokoh adat itu, barulah sebuah masjid boleh dibangun," katanya.
Oleh itu ujarnya;  "Ini adalah peringatan daripada ALLAH SWT kepada umatnya agar tidak sombong dan memenuhi kembali masjid-masjid yang ada.
-Aceh sekali lagi dilanda gempa bumi berukuran 6.4 Skala Richter yang berlaku pada pagi Rabu 7 Disember lalu di daerah Pidiejaya, Aceh.
-Kejadian menyebabkan lebih 100 mangsa maut dan beribu-ribu rakyat kehilangan tempat tinggal.
Sumber: Sinar Harian
loading...

0 comments:

Post a Comment