ALLAHUAKHBAR!! Runtuhnya Kaabah Tanda Terbesar Hampir Qiamat - JANGAN kita LEKA dengan DUniawi sahaja..
-Dalam kehangatan proses meruntuhkan dan perluasan Masjidil Haram kini, pada suatu hari nanti antara tanda terbesar semakin menghampiri hari Qiamat adalah dengan runtuhnya Kaabah. Seorang manusia terkutuk yang bergelar ‘Zussuwaiqatain’ dari antara dan berbangsa Habasyah dikatakan akan merobohkan binaan suci tersebut...
‘Zussuwaiqatain’ adalah nama gelaran bermaksud ‘si pemilik dua betis yang kecil’ kerana merujuk kepada orang2 Habasyah yang pada umumnya betis mereka bersaiz kecil dan mempunyai kaki yang kurus-kurus.
Sebagaimana diriwayatkan dari Ka’ab Al-Ahbar dalam tafsir Ibnu Katsir, tentang perbahasan firman Allah سبحانه وتعالى;
حَتَّىٰٓ إِذَا فُتِحَتْ يَأْجُوجُ وَمَأْجُوجُ وَهُم مِّن كُلِّ حَدَبٍۢ يَنسِلُونَ
“Hingga apabila dibukakan (tembok) Yakjuj dan Makjuj, dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi.”
(Surah Al-Anbiya : Ayat 96).
.
Bahawa munculnya Zussuwaqatain bermula pada masa turunnya Nabi Isa Alaihis Salaam, iaitu setelah dibinasakannya Yakjuj dan Makjuj...
Ketika itu Nabi Isa Alaihis Salaam menghantar pasukannya untuk memerangi bala tentera Zussuwaqatain yang berkekuatan di antara 700 hingga 800 orang. Namun ketika mereka berjalan, Allah سبحانه وتعالى mengirimkan angin sejuk dari arah negeri Yaman dan telah meragut nyawa setiap orang yang beriman serta selebihnya manusia-manusia jahat yang melakukan sex bebas seperti binatang...
**Ka’ab Al-Ahbar berpendapat, pada masa itu Qiamat sudah semakin hampir...
.
.
Hadis-Hadis Yang Berkaitan Dengan Zussuwaqatain
Hadis-hadis Nabi ﷺ ada menyebutkan tentang Kaabah akan diroboh pada akhir zaman. Rasulullah ﷺ juga menyebut ciri-ciri yang ada pada peroboh Kaabah tersebut:
1. Lelaki berkulit hitam gelap
2. Mempunyai bala tentera
3. Berasal dan berbangsa Habsyah
4. Gelarannya adalah Zussuwaqatain
5. Kepalanya kelihatan agak botak
6. Mempunyai kaki yang kurus panjang
7. Mempunyai kepala yang kecil dan bertelinga besar
8. Dia membuatkan Nabi ﷺ berasa seperti lebih hitam daripadanya.
.
.
-Imam Ahmad meriwayatkan dari Abdullah bin ‘Amr Radhiyallahu Anhu, dia berkata, Aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda, “Kaabah
ini akan dirobohkan oleh Zussuwaqatain dari Habasyah. Dia merampas
perhiasannya dan melepaskan kiswahnya. Aku seakan-akan melihatnya,
orangnya kecil botak dengan tulang-tulang sendinya bengkok, sedang
memukul Kaabah dengan penyodok dan kapaknya.” (Sanad hadis ini Jayyid dan Qawiy – Hadis Riwayat Ahmad).
-Abu Daud meriwayatkan dari Abdullah bin ‘Amr, dari Nabi ﷺ, bahawa Baginda bersabda, “Biarkan orang-orang Habasyah selagi mereka membiarkan kamu (tidak mengganggu kamu). Sesungguhnya tidak ntaraa orang yang (berani) membongkar barang-barang simpanan dalam Kaabah selain daripada Zussuwaqatain dari Habasyah.”
-Imam Ahmad meriwayatkan pula pula bahawa Ibnu Abbas menceritakan kepada perawi hadis ini, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, “Seakan-akan aku melihatnya, orangnya hitam, dengan congkaknya dia merobohkannya (Kaabah) batu demi batu.”
Dan menurut riwayat Imam Ahmad pula dari Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu, Rasulullah ﷺ bersabda, “Malam dan siang tak akan berhenti bersilih-ganti sebelum ada seorang lelaki dari kalangan kaum hamba menjadi raja, dia bernama Jahjah.”
.
.
Serangan
.
-Ketika
hampirHari Qiamat itu, Zussuwaqatain menghantar pasukannya yang
berkekuatan antara 700 hingga 800 orang untuk menghancurkan Kaabah.
-Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu mengatakan bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, “Orang yang mempunyai dua pasukan kecil dari Habasyah hendak menghancurkan Kaabah.”
.
-Namun
ketika mereka berjalan, Allah سبحانه وتعالى menghantar angin sejuk dari
arah negeri Yaman yang meragut nyawa setiap orang beriman serta
selebihnya golongan manusia yang melakukan kejahatan dan sex bebas
seperti binatang.
Aisyah Radhiyallahu Anha berkata, “Nabi
bersabda, ‘Kaabah itu akan diperangi oleh tentera. Tetapi, kemudian
mereka itu akan ditenggelamkan dalam bumi (yakni di Baida’, suatu tempat
ntara Makkah dan Madinah).’”
.
-Ketika berlaku perang kelak orang tidak akan menunaikan haji dan dikatakan Kaabah akan diruntuhkan ketika itu serta diriwayatkan bahawa ‘sesudah itu Kaabah tidak dibangunkan lagi’.
Abu Sa’id al-Khudri Radhiyallahu Anhu mengatakan bahawa Nabi ﷺ. Bersabda, “Sungguh Baitullah akan digunakan untuk mengerjakan haji dan umrah selepas keluarnya Yakjuj dan Makjuj.”(Dan dalam riwayat yang mu’allaq, Baginda bersabda, “Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga ibadah haji tidak dilaksanakan lagi.”)
.
.
Yaumul Khalash (Hari Pembersihan)
.
Adapun kota Madinah, sebagaimana telah dibincangkan dalam banyak catatan mengenai ‘Yaumul Khalash’ (Hari
Pembersihan), bahawa Dajjal tidak dapat memasuki kota Madinah dan
Makkah. Disetiap penjuru jalan di Madinah ada malaikat-malaikat yang
menjaganya supaya tidak dimasuki Dajjal.
Dalam shahih Al-Bukhari diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu, bahawa Rasulullah ﷺbersabda, “Madinah tidak dapat dimasuki Dajjal maupun wabak penyakit.”
.
Telah
dijelaskan juga bahawa Dajjal hanya boleh tinggal di luar bandar, lalu
terjadilah goncangan hebat tiga kali yang menyebabkan kaum munafik
maupun orang-orang fasik, lelaki dan perempuan, semuanya keluar dari
kota dan tinggallah orang-orang mukmin dan muslim, lelaki dan perempuan
di dalam kota Madinah. Dan hari itu disebut sebagai “Yaumul Khalash” (Hari Pembersihan).
Demikian sebagaimana pernah dinyatakan oleh Rasulullah ﷺ, “Sesungguhnya kota ini (Madinah) adalah Thaibah (harum). Dia sendiri akan membuang kotorannya lalu semerbaklah keharumannya.”
.
Kota Madinah akan tetap ramai ketika Dajjal menguasainya dan ramai juga penduduk pada masa datangnya Nabi Isa bin Maryam Alaihis Salaam,
sehingga Baginda wafat dan dikebumikan di sana. Sesudah semua itu
berlaku, barulah penduduk Madinah akan keluar meninggalkan kota.
.
Kehancuran ketiga2 kota
suci iaitu Baitulmuqddis, Madinah dan Makkah telah disebutkan Baginda
dan dikatakan setelah Kaabah runtuh buat kali ketiga, Kaabah akan
diangkat ke langit. Bahkan Baginda ﷺ ada
memberikan gambaran bahawa tanah-tanah suci tersebut akan dibangunkan
semula. Maka sebenarnya kehancuran kota suci bukan bermaksud kehancuran
sebenar tapi lebih bermaksud penyucian tanah suci iaitu bukan sahaja
penyucian rohaniah tanah suci bahkan meliputi penyucian fizikalnya
sekali.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
Semoga
Allah سبحانه وتعالى menganugerahkan kita akhir hayat yang baik dengan
amalan kebaikan melebihi daripada segala keburukan yang pernah
dilakukan, dan menghapuskan segala dosa kita hingga kita boleh berhimpun
dalam keadaan sejahtera dan bercahaya di yaumul akhir (Hari Qiamat) nanti.
Aamiin
loading...
Allahuakhbar...
ReplyDeletehttps://saripkay.com/cara-buat-permohonan-lesen-x-ray-dengan-mudah/