Blog Archive

Ads

What’s Hot

“Berapa banyak Tanah Rizab Melayu yang telah tergadai? Belajarlah daripada negara Filipina, dahulunya dipunyai oleh Raja Sulaiman. Mindanao dipunyai oleh Sultan Muhammad Kabungsuwan. Hari ini menjadi negara Kristian?

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

 “Berapa banyak Tanah Rizab Melayu yang telah tergadai? Belajarlah daripada negara Filipina, dahulunya dipunyai oleh Raja Sulaiman. Mindanao dipunyai oleh Sultan Muhammad Kabungsuwan. Hari ini menjadi negara Kristian?

**Allah anugerah Malaysia kepada Melayu, jaga jangan terlepas: Ridhuan Tee**


PUTRAJAYA, 15 Rabiulawal 1438H, Khamis – Tanah yang dianugerah Allah SWT kepada sesuatu bangsa mesti dihargai dan dijaga dengan rapi supaya tidak terlepas ke tangan bangsa lain, kata pendakwah bebas, Prof Mohd Ridhuan Tee Abdullah.

“Begitulah juga Tanah Melayu kepada orang Melayu. Sejarah dunia membuktikan bahawa setiap bangsa mempunyai tanah tumpah darahnya.

“Nasionalisme Melayu melahirkan negara Melayu, nasionalisme Cina melahirkan negara China, nasionalisme India melahirkan negara India.

“Begitu juga dengan nasionalisme Arab melahirkan negara-negara Arab dan lain-lain nasionalisme yang telah membawa kepada penubuhan sesebuah negara,” katanya ketika berucap di Multaqa Perundangan dan Politik yang diadakan di Hotel Everly, Putrajaya, di sini, hari ini.

Mengaitkan pula Melayu dengan Islam, Ridhuan Tee berkata, dalam konteks di Malaysia, bangsa Melayu telah dianugerahkan dan dimuliakan oleh Allah SWT dengan agama Islam.

“Melayu mesti berasa mulia dengan agama tersebut dan berusaha untuk mempertahankannya. Seperti pesan Hasan Al Banna, jika bangsa Arab terhina, hinalah Islam. Begitu juga dengan bangsa Melayu, pada hemat saya, jika bangsa Melayu terhina, hinalah Islam,” katanya.

Justeru, isu tanah yang menjadi hak milik orang Melayu di Malaysia perlu dilihat secara serius.
“Semua sedia maklum, di kawasan bandar, orang Melayu sangat sedikit pemilikan tanahnya. Tanah Melayu sudah terlepas ke tangan orang lain.

“Berapa banyak Tanah Rizab Melayu yang telah tergadai? Belajarlah daripada negara Filipina, dahulunya dipunyai oleh Raja Sulaiman. Mindanao dipunyai oleh Sultan Muhammad Kabungsuwan. Hari ini menjadi negara Kristian?

“Paling menyayat hati adalah Singapura. Dahulu diberi nama Temasek. Tempat Raja-raja Melayu Riau Lingga berlabuh dan beristirehat. Hari ini, Singapura sudah tidak ada lagi. Yang ada Singapore. Sama seperti nama Pulau Pinang yang telah menjadi nama Penang. Mungkin sudah tidak ada yang mahu membiasakan menyebut Pulau Pinang. Adakah sejarah ini sudah dilupakan?,” soalnya.
Beliau turut mempersoalkan fungsi orang Islam memegang kuasa sekiranya tanah dipunyai oleh orang lain.

“Sampai bilakah kuasa boleh berada di tangan umat Islam jika mereka asyik bercakaran tanpa berkesudahan? Inilah yang berlaku kepada Palestin sehingga akhirnya umat Islam menggigit jari,” katanya.

loading...

0 comments:

Post a Comment