BAHAYA!! Binatang transparan ini hidup di air minum anda mohon share agar ramai yang tahu tentang perkara ini...Sangat-sangat bahaya..
BAHAYA!! Binatang transparan ini hidup di air minum anda mohon share agar ramai yang tahu tentang perkara ini...Sangat-sangat bahaya.. | Apa yg ditampilkan dalam gambar di atas adalah Tranparent Eel Larva...
-ini adalah hewan yang hidup di air yang beracun bagi manusia dan hewan berarah panas lainnya. Jadi berhati-hatilah sebelum anda meminum air.
-Hati-hati jika Anda minum dari keran atau air PAM yang belum masak. Air yang hendak kita minum hendaknya di masak terlebih dahulu hingga mendidih untuk memusnakan semua oragnisme air yang tak terliaht oleh mata.
-Jika anda haus disaat sedang berpergian atau diluar rumah, lebih baik anda membeli air minuman kemasan bersegel daripada anda membeli air es di pinggir jalan yang tidak diketahui apakah airnya sudah dimasak atau belum.
Kesian Ibu Muda Ini Dipukul sampai cedera sebab pertahankan diri dari diCabuIi Oleh Sekumpulan Anak Muda Dalam Pasar Pagi !!
Tahukah Anda Solat Sunat Tahajjud Yang Betul Dan Lengkap?Tolong Sebarkan
Tahukah Anda Solat Sunat Tahajjud Yang Betul Dan Lengkap?Tolong Sebarkan | Solat Tahajjud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah bangun
tidur, afdalnya dibuat secara bersendirian waktu selepas tengah malam.
Solat sunat ini amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah
tambahan. Rasulullah SAW dan para sahabat tidak meninggalkan solat ini
sepanjang hayat mereka....
Firman Allah SWT.:
“Dan
pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu sebagai suatu
ibadat tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat
yang terpuji.”
(Surah Isra’; ayat 79)
.
Rasulullah SAW bersabda: “Kerjakanlah
solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga
suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus
segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi
penyakit dari badan.” (Riwayat Tirmizi dan Ahmad r.a.)
.
Tujuan Solat Tahajjud
.
- Sebagai petanda perhambaan kepada Allah SWT.
- Mendekatkan seorang hamba dengan Penciptanya
- Tanda kesyukuran manusia di atas nikmat kurniaan Allah SWT.
- Menguatkan jiwa dan ketaqwaan seseorang kepada Allah SWT.
- Mendapatkan ketenangan dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup.
.
.
Cara Mendirikan Solat Tahajjud
.
-Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan
kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam. Jika dirasakan berat
memadailah sekadar dua rakaat tetapi dilakukan secara berterusan setiap
malam.
Rasulullah SAW telah bersabda,: “Amalan yang disukai oleh Allah, adalah yang terus menerus (istiqamah) walaupun sedikit.” (Riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah.)
.
.
1. Sebelum mengerjakan Solat Tahajjud baca doa berikut :
.
-Tiada Tuhan melainkan Dikau, Maha Suci Dikau! Daku memohon ampun kepada-Mu bagi dosa-dosaku dan daku memohon kepada-Mu akan Rahmat-Mu. Ya Allah! Tambahkanlah padaku ilmu dan janganlah Dikau pesongkan hatiku setelah Dikau berikan petunjuk. Dan berikanlah daku Rahmat-Mu; Sesungguhnya Dikaulah yang melimpahkan rahmat! Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkanku dan kepada-Nyalah tempatku kembali.
.
.
2. Niat Solat Tahajjud:
Daku bersolat Sunat Tahajjud dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.
.
.
3. Bacaan Surah selepas Al-Fatihah:
.
a)
Rakaat pertama: Ayat Al-Kursi (7 kali)
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas (11 kali)
Atau;
b)
Rakaat pertama: Ayat Al-Kaafirun
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas
Atau;
c)
10 Ayat Terakhir, Surah Al-Imran,.
(Rasulullah SAW sering membaca ini pada solat Tahajjud Baginda.)
.
.
4. Selepas membaca tasbih pada sujud kedua dalam rakaat terakhir, bacalah doa berikut 3 kali:
.
.
5. Selesai salam solat Tahajud, bacalah doa yang pernah dibaca oleh Rasulullah SAW ini:
.
.
6. Kemudian sambung baca Doa Solat Sunat Tahajjud berikut:~
.
-Ya Allah! Bagi-Mu segala puji-pujian. Dikaulah pendiri langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagi-Mulah segala pujian, Dikau Penguasa langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Dan bagi-Mulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya.Bagi-Mulah segala pujian, Dikaulah yang benar (Al-haq), janji-Mu adalah benar, firman-Mu adalah benar, perjumpaan dengan-Mu adalah benar, syurga itu benar dan neraka adalah benar. Nabi-nabi itu benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar dan adanya hari Kiamat itu benar.Ya Allah! Pada-Mulah daku menyerahkan diri, dengan-Mu daku beriman, kepada-Mu daku bertawakal, kepada-Mu daku kembali, dengan-Mu daku menghadapi musuh dan kepada-Mu daku berhukum. Ampunilah dosa kesalahanku yang telah lalu dan yang terkemudian, baik yang daku sembunyikan mahupun yang daku nyatakan, di mana Dikau lebih mengetahuinya. Dikau yang Maha Mendahului dan Maha Mengakhiri. Tiada Tuhan melainkan Dikau! Tiada padaku daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah!Ya Allah! Berilah kami kebaikan di dunia dan kebajikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka.Selawat Allah ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarga serta para sahabat sekeliannya. Segala puji hanyalah untuk Allah; Tuhan Pemelihara seluruh alam.!
.
.
KELEBIHAN SOLAT TAHAJJUD
.
- Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.
- Doa dimakbulkan Allah.
- Memperolehi ketenangan jiwa.
- Merasai diri hampir kepada Allah SWT.
- Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
- Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
- Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
- Mencegah dosa dan menghindari penyakit.
- Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
- Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
- Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
- Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
- Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
- Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.
- Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
- Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
- Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.
- Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.
.
.
Memudahkan Bangun Solat Malam
.
- Sebelum masuk tidur, berniat ingin melakukan Solat Tahajjud.
- Menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat.
- Bersederhana makan dan minum pada waktu siang.
- Membaca ayat-ayat Al-Quran.
.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa
yang hendak tidur dan berniat untuk bangkit bagi mengerjakan Solat
Sunat Tahajjud, kemudian tidurnya terlajak sampai ke pagi, maka dicatat
niatnya itu sebagai satu pahala, manakala tidurnya pula dikira sebagai
kurniaan Allah yang diberikan kepadanya.” (Riwayat al-Nasa’i dan Ibnu Majah r.a.)
.
وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه
.
Umat Islam Wajib Tahu : Forex Haram Bagi Umat Islam
Umat Islam Wajib Tahu : Forex Haram Bagi Umat Islam | Matawang adalah ‘medium of exchange’ sahaja
dan ia bukanlah komoditi yang wajar diniagakan bagi memperolehi untung
dari perbezaan nilainya. Nilai matwang kini tak lagi bersandarkan emas
atau perak, wang kertas hari ini (fiat money) tidak mempunyai nilai tersendiri (seperti logam emas dan perak) kecuali nilainya datang dari pasaran global y ditentukan oleh ‘demand and supply’
di pasaran dunia. Maka menjadikan cara ini punca rezeki bagi
memberi makan anak – isteri bukanlah satu bentuk kerjaya yg terpuji di
dalam Islam. Malah ia sebenarnya membantu sistem kapitalis dan
menguatkan sistem ekonomi yang mereka anjurkan.
.
Perniagaan Pertukaran Asing (FOREX) Haram
KOTA BAHARU – Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan hari ini memutuskan umat
Islam haram mengamalkan sistem perniagaan pertukaran wang asing...
-Pengerusi Jawatankuasa itu, Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata ini
kerana perniagaan yang dilakukan melalui pertukaran wang asing seperti
itu tidak menepati hukum syarak dan menimbulkan keraguan di kalangan
umat Islam...
“Hasil kajian Jawatankuasa ini,
kita dapati perniagaan yang melibatkan pertukaran wang asing melibatkan
spekulasi mata wang dan ini bercanggah dan berlawanan dengan hukum
Islam.”
“Oleh itu, Jawatankuasa Fatwa
Kebangsaan memutuskan bahawa umat Islam diharamkan daripada mengamalkan
sistem perniagaan cara demikian,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Ke-98 di sini hari ini...
-Abdul Shukor berkata banyak isu yang meragukan mengenai perniagaan
pertukaran asing, oleh itu umat Islam tidak perlu menceburkan diri,
tambahan pula kegiatan itu melibatkan penggunaan internet di kalangan
individu, yang menyebabkan untung rugi tidak menentu...
“Lain-lain jenis perniagaan
pertukaran wang asing, seperti melalui pengurup wang atau dari bank ke
bank dibenarkan, kerana ia tidak menimbulkan spekulasi mata wang atau
untung rugi yang tidak menentu,” katanya...
-Beliau berkata keputusan lain yang turut dicapai dalam mesyuarat itu
ialah mengharuskan umat Islam membuat pelaburan atau membuat simpanan
melalui Skim Sijil Simpanan Premium (SSPM) yang dikendalikan Bank
Simpanan Nasional (BSN).
-Katanya keputusan itu dibuat selepas jawatankuasa berkenaan berpuas hati
dengan kaedah pelaksanaannya melalui taklimat yang disampaikan oleh
pihak penal syariah Bank Negara pada muzakarah itu.
“Pada mulanya, kita meragui tentang kaedah pelaksaaan skim itu tetapi
kita berpuas hati setelah sistem perniagaan melalui SSPN itu ditukar
konsep Islam iaitu Mudharabah.” – BERNAMA
Sumber FATWA FOREX HARAM! Perniagaan Pertukaran Asing (FOREX) Haram
.
***************************************************************************.
.
Berikut Soalan Dan Jawapan Panjang lebar Ustaz Zahruddin Mengenai Urus Niaga Forex
.
Soalan
Saya ingin minta pihak ustaz untuk menerangkan tentang pelaburan tukaran
matawang asing dan juga perniagaan Forex. Bagaimana pula jika saya
melakukan transaksi sendiri dengan berbekalkan analisa sendiri atau yang
disediakan oleh broker dengan melayari internet. Kemudian memperolehi
untung dari jualan dan belian matawang asing ini. Terima kasih.
.
Jawapan
Bagi menjawab soalan ini, anda perlu memahami dua jenis perkara iaitu :-
1- Melabur wang ringgit anda ke dalam satu syarikat yang memperolehi untung melalui FOREX.
2- Melantik satu platform atau syarikat untuk menjalankan jual beli wang
asing dan simpan. Semua transaksi dijalankan oleh anda sendiri,
syarikat hanya menyediakan platform dan mengambil upah perkhidmatan
sahaja.
.
Pertama : Hukum bagi melabur dalam syarikat yang menjalankan FOREX :
Forex (Foreign Exchange) atau yang lebih dikenal dengan Perdagangan Mata
wang Asing; Ia merupakan suatu jenis perdagangan/transaksi yang
memperdagangkan matawang suatu negara terhadap matawang negara lainnya
yang melibatkan pasar-pasar matawang utama di dunia selama 24 jam secara
berterusan.
Benar, memang FOREX matawang adalah diharuskan, tetapi keharusannya
tertakluk kepada sejauh mana ia menurut garis panduan yang dikeluarkan
dari hadith Nabi yang sohih. Iaitu :-
a- Ditukar (serah dan terima) dalam waktu yang sama ia disebut dalam
hadis sebagai “yadan bi yadin”. Dalam bahasa Inggerisnya adalah “on the
spot basis”. Ia datang banyak hadis antara yang paling utama adalah :’
الذهب بالذهب , والفضة بالفضة , والبر بالبر , والشعير بالشعير , والتمر
بالتمر , والملح بالملح , مثلاً بمثل , سواء بسواء , يداً بيد , فإذا
اختلفت هذه الأصناف فبيعوا كيف شئتم
Ertinya : Emas dengan Emas ( ditukar atau diniagakan) , perak dengan
perak, gandum dengan gandum, tamar dengan tamar, garam dengan garam
mestilah sama timbangan dan sukatannya, dan ditukar secara terus ( pada
satu masa) dan sekiranya berlainan jenis, maka berjual-belilah kamu
sebagaimana yang disukai” ( Riwayat Muslim, no 4039 no hadith , 11/9 ) .
b- Nabi bersabda :-
فإن رَسُولَ اللَّهِ قال الْوَرِقُ بِالذَّهَبِ رِبًا إلا هَاءَ وَهَاءَ
Ertinya : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w berkata : Pertukaran antara
perak dan emas adalah riba kecuali jika ia dilakukan secara serentak
(serah terima dalam satu masa)” (Riwayat Muslim, no 1586, 3/1209)
c- Manakala pembelian secara hutang dari salah satu antara dua pihak adalah haram berdasarkan hadis :-
نهى رسول اللَّهِ عن بَيْعِ الذَّهَبِ بِالْوَرِقِ دَيْنًا
Ertinya : “Rasulullah s.a.w melarang dari menjual emas dan perak secara berhutang”( Riwayat Al-Bukhari, no 2070, 2/762)
Hadis-hadis di atas menyebut perihal displin Islam dalam pertukaran emas
dan perak. Untuk informasi, ulama bersepakat bahawa matawang (bank
note) juga adalah sama displinnya dengan emas dan perak disebabkankan
nilai dan fungsinya sebagai ‘medium of exchange’. Justeru setiap displin
dan syarat transaksi yang melibatkan emas dan perak juga TERPAKAI pada
urusan transaksi matwang. Demikian keputusan Majlis Fiqh Antrabangsa dan
juga Majlis Kewangan Islam Antarabangsa di bawah AAOIFI.
FOREX dalam matawang yang diuruskan oleh syarikat konvensional sudah
pasti tidak akan menjaga syarat ini kerana kebanyakan FOREX yang
dijalankan oleh institusi Konvensional adalah ‘Forward FOREX’ atau Forex
yang menggunakan ‘Value forward’ (nilai masa hadapan) yang tergolong
dalam Riba Nasiah. Mereka juga kerap menggunakan SWAP, Options dan
lain-lain instrument yang tidak halal di sisi Shariah.
Instrumen-instrumen tadi tidak memenuhi syarat Islam iaitu serah terima
atau disebut “qabadh” dalam Islam secara benar “hakiki” atau “hukmi”
pada waktu yang sama. Masalah dalam implementasi FOREX adalah bertangguh
dalam penyerahan dari kedua-dua pihak. Tatkala itu aqad menjadi batal
(Radd al-Muhtar ala ad-durr, 4/531).
Tidak saya nafikan, bahawa terdapat sesetengah Institusi Kewangan Islam
yang melakukan forex ini setelah mendapatkan kelulusan Majlis Penasihat
Shariah mereka, Namun semua mereka hanya terlibat dalam FOREX jenis SPOT
dan bukannya jenis ‘Forward’ ; jika adapun jenis forward ia menggunakan
konsep Al-WA’D atau ‘Unilateral Promise’ dan ia telah disepakati
keharusannya. Apa yang pasti, Majlis Shariah mereka telah meletakkan
beberapa syarat dan bukannya secara bebas begitu sahaja.
Justeru MELABUR MODAL ( BEERTI ANDA MELABUR DAN KEMUDIAN TUNGGU UNTUNG
SAHAJA) dan di dalam institusi kewangan konvensional yang memperolehi
untung melalui cara FOREX adalah tidak halal di sisi Islam.
Ia adalah keputusan Panel Penasihat Shariah dunia yang bernaung di bawah
nama Accounting & Auditing Organization For Islamic Institutions
(AAOIFI). Antara panel penasihat Shariahnya adalah Syeikh Mufti Taqi
Uthmani, Prof. Dr. Syeikh Wahbah Zuhayli, Prof. Dr. Syeikh Siddiq
Dharir, Syeikh Abdullah al-Mani’, Dr. Abd Sattar Abu Ghuddah, Syeikh Dr.
Nazih Hammad, Syeikh Dr. Hussain Hamid Hassan, Syeikh Nizam Ya’quby,
Dr. Mohd Daud Bakar, Syeikh Al-Ayashi al-Sadiq Faddad, Syeikh Dr. Ajil
Nashmi dan ramai lagi.
.
.
KEDUA : Hukum FOREX TRADING yang dijalankan sendiri-
Bagi mengetahui hukum bagi bentuk kedua ini, pertama-tamanya ia tertakluk kepada :-
a- Kesohihan dan kewibawaan syarikat platform dari sudut lesennya dan
pengenalannya. Ia diperlukan bagi mengelak anda ditipu oleh platform
syarikat yang tidak sebenar. Butiran terperinci berkenaan platform ini
mestilah diteliti dan boleh diperolehi. Jika tidak, transaksi anda
adalah syubhat dari awal lagi keran terdapat unsur gharar.
b- Jika platform tersebut punyai wibawa dan lessen serta info yang
sangat mencukupi, perkara kedua adalah menilai akta-akata berkaiatan
dengan aktiviti ini dari badan berwajib di Malaysia. Ini perlu bagi
memastikan anda tidak terlibat dengan aktiviti menyalahi undang-undang
Negara.
Jika yang kedua juga lulus, saya kira transaksi jual matawang asing dan
simpan dan kemudian jual semula apabila harga tukarannya naik adalah
harus kerana ia secara automatiknya dilaksanakan menurut kaedah ‘spot’.
Namun mari kita sama-sama cuba mehami dan menyemak bagaimana proses ini
dilakukan secara ringkas dan melihat pandangan Islam tentangnya.
Setakat apa yang diterangkan oleh individu yang terlibat dan yang tahu
berkenaan cara forex trading memlali internet ini. Ia seperti berikut :-
1) Ia mempunyai minimum modal. Sebagai contoh USD 1, USD 100 dan
lain-lain, ia berbeza mengikut polisi syarikat forex trading
masing-masing.
2) Dengan modal itu, pihak syarikat platform forex trading ini akan membukakan satu akaun khas buat peserta.
Setelah itu, pihak peserta akan menentukan samada untuk membuka kaunter
jualan matawangnya di dalam akaun atau membuka kaunter belian.
.
Gambaran mudahnya adalah :-
Katalah modalnya USD 100 yang dibeli dengan tukaran semasa hari tersebut
USD 1 = RM 3.6, dan dibuka kaunter ‘selling’ melalui platform syarikat
tersebut.
Sebagai contoh, pada esok harinya apabila dilakukan analisa terhadap
pegerakan nilai matawang, didapati nilai USD mengukuh berbanding Ringgit
iaitu USD 1 = RM 4
Tatkala itu, ia akan menekan button jual USD 100 dan memperolehi RM 400.
Ini bermakna ia telah beroleh keuntungan sebanyak RM 40 berbanding
harga belian asalnya tadi.
Pihak syarikat FOREX ini MESTILAH memasukkan seluruh RM 400 itu sebaik
sahaja transaksi jual beli dilakukan, TIDAK DIBENARKAN DILEWATKAN ATAU
DIMASUKKAN SEBAHAGIAN SAHAJA, jika dalam contoh di atas, hanya RM 40
dimasukkan, manakala baki modal sebanyak RM 360 hanya akan dimasukkan
sejurus peserta menutup akaun pada hari tersebut.
Isu Shariah : Jika ini tidak berlaku, maka ia lulus dari sudut Shariah,
namun jika kelewatan berlaku, isu Shariah di sini adalah berlaku
penangguhan dalam penyerahan matawang ringgit. Ini menjadikan ia
bercangah dengan arahan Nabi s.a.w :-
Dalam menukar wang dengan wang, Nabi telah menyebut garis panduan yang mesti dipatuhi iaitu:
فإن رَسُولَ اللَّهِ قال الْوَرِقُ بِالذَّهَبِ رِبًا إلا هَاءَ وَهَاءَ
Ertinya : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w berkata : Pertukaran antara
perak dan emas adalah riba kecuali jika ia dilakukan secara serentak
(serah terima dalam satu masa)” (Riwayat Muslim, no 1586, 3/1209)
Manakala pembelian secara hutang dari salah satu antara dua pihak adalah haram berdasarkan hadis :-
نهى رسول اللَّهِ عن بَيْعِ الذَّهَبِ بِالْوَرِقِ دَيْنًا
Ertinya : “Rasulullah s.a.w melarang dari menjual emas dan perak secara berhutang”( Riwayat Al-Bukhari, no 2070, 2/762)
Imam An-Nawawi telah menyebut dengan terang bahawa para ulama telah
bersepakat wajibnya syarat serah terima dalam satu masa atau ‘Taqabud’
samada secara hakiki (fizikal) atau hukmi (melalui mediuam internet
tetapi punyai bukti seperti resit atau nota elektronik yang menunjukkan
transaski sah) ( Syarah Sohih Muslim)
Cadangan : Mesti dipastikan bahawa semasa transkasi jual beli dilakukan,
kesemua modal dicampur untung dimasukkan di dalam akaun kita tanpa
sebarang tangguh, dan secara automatik juga kita boleh mengeluarkan wang
tersebut tanpa sebarang halangan.
3) Terdapat syarikat yang mensyaratkan minimum modal yang tinggi seperti
USD 1000 dan lain-lain jumlah. Untuk itu mereka menawarkan apa yang
dinamakan ‘leverage’ yangmana modal peserta akan digandakan.
Sebagai contoh, katalah modal sebenar anda adalah USD 100. Maka anda
dikehendaki memilih atau secara pilihan memlih gandaan yang dikehendaki.
Seperti 1 : 10 beerti modal anda akan digandakan kepada 10 kali menjadi
USD 1000 atau jika memilih 1:100, beerti modal anda menjadi USD 10000.
Dengan jumlah baru inilah matawang anda akan di pasarkan di pasaran.
.
Hukum Leverage :
Takrif Leverage :
Takrif Leverage :
The use of various financial instruments or borrowed capital, such as margin, to increase the potential return of an investment.
Leverage can be created through options, futures, margin and other
financial instruments. For example, say you have $1,000 to invest. This
amount could be invested in 10 shares of Microsoft stock, but to
increase leverage, you could invest the $1,000 in five options
contracts. You would then control 500 shares instead of just 10.
(Rujukan)
Jika benarlah apa yang saya gambarkan ini, transaksi forex menggunakan
Leverage ini adalah HARAM kerana ia dikira menjual matawang yang tidak
di dalam milik anda. Milik sebenar anda hanyalah USD 100 tetapi yang
dijual adalah 10,000. Ia berdasarkan apa yang disebut oleh Nabi s.a.w :
لَا تَبِعْ ما ليس عِنْدَكَ
Ertinya : Janganlah kamu menjual sesuatu yang tidak di dalam milikmu” ( Riwayat Abu Daud, no 3504, 3/283)
Malah saya juga hampir pasti, wang yang digandakan oleh syarikat itu
dikira sebagai pemberian pinjaman dan sudah tentu mereka akan mengambil
sedikit keuntungan samada diketahui atau tidak diketahui oleh peserta.
Jika ini berlaku, sekali lagi riba telah berlaku.
Bagi mengelakkan perkara yang ditegah oleh Islam dari berlaku di sini,
penggunaan leverage 1:1 sahaja yang dibenarkan. Wallahu’alam.
4) Diberitakan juga pihak syarikat menasihatkan peserta agar menggunakan
modalnya kurang dari 30 % bagi mengurangkan risiko semasa trading
dijalankan.
Dan jika terdapat masalah kemungkinan rugi atau apa yang dinamakan
‘margin call’, pihak peserta dibenarkan untuk membuka kaunter satu lagi
samada jual atau beli bagi menyeimbangkan kemungkinan rugi.
Pandangan : Wallahu’alam, jika semunya dilaksanakan dengan jelas dan
perancangan yang betul. Setakat ini saya tidak nampak adanya masalah
Shariah dalam tindakan ini, kerana apa yag dilakukan adalah membuka
kaunter baru, kalau sebelum ini ia membuka kaunter jual sahaja, maka
apabila di posisi jual didapati boleh membawa kerugian, ia dengan segera
mebuka kaunter beli, bagi memperolehi keuntungan pula. Semuanya adalah
harus jika dilaksanakan menurut syarat di atas tadi, tiada leverage,
tiada tangguh, dan wang yang telah diperolehi boleh dikeluarkan pada
bila-bila masa.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam bishowab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
ALLAHUAKHBAR!! Runtuhnya Kaabah Tanda Terbesar Hampir Qiamat
ALLAHUAKHBAR!! Runtuhnya Kaabah Tanda Terbesar Hampir Qiamat - JANGAN kita LEKA dengan DUniawi sahaja..
-Dalam kehangatan proses meruntuhkan dan perluasan Masjidil Haram kini, pada suatu hari nanti antara tanda terbesar semakin menghampiri hari Qiamat adalah dengan runtuhnya Kaabah. Seorang manusia terkutuk yang bergelar ‘Zussuwaiqatain’ dari antara dan berbangsa Habasyah dikatakan akan merobohkan binaan suci tersebut...
‘Zussuwaiqatain’ adalah nama gelaran bermaksud ‘si pemilik dua betis yang kecil’ kerana merujuk kepada orang2 Habasyah yang pada umumnya betis mereka bersaiz kecil dan mempunyai kaki yang kurus-kurus.
Sebagaimana diriwayatkan dari Ka’ab Al-Ahbar dalam tafsir Ibnu Katsir, tentang perbahasan firman Allah سبحانه وتعالى;
حَتَّىٰٓ إِذَا فُتِحَتْ يَأْجُوجُ وَمَأْجُوجُ وَهُم مِّن كُلِّ حَدَبٍۢ يَنسِلُونَ
“Hingga apabila dibukakan (tembok) Yakjuj dan Makjuj, dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi.”
(Surah Al-Anbiya : Ayat 96).
.
Bahawa munculnya Zussuwaqatain bermula pada masa turunnya Nabi Isa Alaihis Salaam, iaitu setelah dibinasakannya Yakjuj dan Makjuj...
Ketika itu Nabi Isa Alaihis Salaam menghantar pasukannya untuk memerangi bala tentera Zussuwaqatain yang berkekuatan di antara 700 hingga 800 orang. Namun ketika mereka berjalan, Allah سبحانه وتعالى mengirimkan angin sejuk dari arah negeri Yaman dan telah meragut nyawa setiap orang yang beriman serta selebihnya manusia-manusia jahat yang melakukan sex bebas seperti binatang...
**Ka’ab Al-Ahbar berpendapat, pada masa itu Qiamat sudah semakin hampir...
.
.
Hadis-Hadis Yang Berkaitan Dengan Zussuwaqatain
Hadis-hadis Nabi ﷺ ada menyebutkan tentang Kaabah akan diroboh pada akhir zaman. Rasulullah ﷺ juga menyebut ciri-ciri yang ada pada peroboh Kaabah tersebut:
1. Lelaki berkulit hitam gelap
2. Mempunyai bala tentera
3. Berasal dan berbangsa Habsyah
4. Gelarannya adalah Zussuwaqatain
5. Kepalanya kelihatan agak botak
6. Mempunyai kaki yang kurus panjang
7. Mempunyai kepala yang kecil dan bertelinga besar
8. Dia membuatkan Nabi ﷺ berasa seperti lebih hitam daripadanya.
.
.
-Imam Ahmad meriwayatkan dari Abdullah bin ‘Amr Radhiyallahu Anhu, dia berkata, Aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda, “Kaabah
ini akan dirobohkan oleh Zussuwaqatain dari Habasyah. Dia merampas
perhiasannya dan melepaskan kiswahnya. Aku seakan-akan melihatnya,
orangnya kecil botak dengan tulang-tulang sendinya bengkok, sedang
memukul Kaabah dengan penyodok dan kapaknya.” (Sanad hadis ini Jayyid dan Qawiy – Hadis Riwayat Ahmad).
-Abu Daud meriwayatkan dari Abdullah bin ‘Amr, dari Nabi ﷺ, bahawa Baginda bersabda, “Biarkan orang-orang Habasyah selagi mereka membiarkan kamu (tidak mengganggu kamu). Sesungguhnya tidak ntaraa orang yang (berani) membongkar barang-barang simpanan dalam Kaabah selain daripada Zussuwaqatain dari Habasyah.”
-Imam Ahmad meriwayatkan pula pula bahawa Ibnu Abbas menceritakan kepada perawi hadis ini, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, “Seakan-akan aku melihatnya, orangnya hitam, dengan congkaknya dia merobohkannya (Kaabah) batu demi batu.”
Dan menurut riwayat Imam Ahmad pula dari Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu, Rasulullah ﷺ bersabda, “Malam dan siang tak akan berhenti bersilih-ganti sebelum ada seorang lelaki dari kalangan kaum hamba menjadi raja, dia bernama Jahjah.”
.
.
Serangan
.
-Ketika
hampirHari Qiamat itu, Zussuwaqatain menghantar pasukannya yang
berkekuatan antara 700 hingga 800 orang untuk menghancurkan Kaabah.
-Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu mengatakan bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, “Orang yang mempunyai dua pasukan kecil dari Habasyah hendak menghancurkan Kaabah.”
.
-Namun
ketika mereka berjalan, Allah سبحانه وتعالى menghantar angin sejuk dari
arah negeri Yaman yang meragut nyawa setiap orang beriman serta
selebihnya golongan manusia yang melakukan kejahatan dan sex bebas
seperti binatang.
Aisyah Radhiyallahu Anha berkata, “Nabi
bersabda, ‘Kaabah itu akan diperangi oleh tentera. Tetapi, kemudian
mereka itu akan ditenggelamkan dalam bumi (yakni di Baida’, suatu tempat
ntara Makkah dan Madinah).’”
.
-Ketika berlaku perang kelak orang tidak akan menunaikan haji dan dikatakan Kaabah akan diruntuhkan ketika itu serta diriwayatkan bahawa ‘sesudah itu Kaabah tidak dibangunkan lagi’.
Abu Sa’id al-Khudri Radhiyallahu Anhu mengatakan bahawa Nabi ﷺ. Bersabda, “Sungguh Baitullah akan digunakan untuk mengerjakan haji dan umrah selepas keluarnya Yakjuj dan Makjuj.”(Dan dalam riwayat yang mu’allaq, Baginda bersabda, “Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga ibadah haji tidak dilaksanakan lagi.”)
.
.
Yaumul Khalash (Hari Pembersihan)
.
Adapun kota Madinah, sebagaimana telah dibincangkan dalam banyak catatan mengenai ‘Yaumul Khalash’ (Hari
Pembersihan), bahawa Dajjal tidak dapat memasuki kota Madinah dan
Makkah. Disetiap penjuru jalan di Madinah ada malaikat-malaikat yang
menjaganya supaya tidak dimasuki Dajjal.
Dalam shahih Al-Bukhari diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu, bahawa Rasulullah ﷺbersabda, “Madinah tidak dapat dimasuki Dajjal maupun wabak penyakit.”
.
Telah
dijelaskan juga bahawa Dajjal hanya boleh tinggal di luar bandar, lalu
terjadilah goncangan hebat tiga kali yang menyebabkan kaum munafik
maupun orang-orang fasik, lelaki dan perempuan, semuanya keluar dari
kota dan tinggallah orang-orang mukmin dan muslim, lelaki dan perempuan
di dalam kota Madinah. Dan hari itu disebut sebagai “Yaumul Khalash” (Hari Pembersihan).
Demikian sebagaimana pernah dinyatakan oleh Rasulullah ﷺ, “Sesungguhnya kota ini (Madinah) adalah Thaibah (harum). Dia sendiri akan membuang kotorannya lalu semerbaklah keharumannya.”
.
Kota Madinah akan tetap ramai ketika Dajjal menguasainya dan ramai juga penduduk pada masa datangnya Nabi Isa bin Maryam Alaihis Salaam,
sehingga Baginda wafat dan dikebumikan di sana. Sesudah semua itu
berlaku, barulah penduduk Madinah akan keluar meninggalkan kota.
.
Kehancuran ketiga2 kota
suci iaitu Baitulmuqddis, Madinah dan Makkah telah disebutkan Baginda
dan dikatakan setelah Kaabah runtuh buat kali ketiga, Kaabah akan
diangkat ke langit. Bahkan Baginda ﷺ ada
memberikan gambaran bahawa tanah-tanah suci tersebut akan dibangunkan
semula. Maka sebenarnya kehancuran kota suci bukan bermaksud kehancuran
sebenar tapi lebih bermaksud penyucian tanah suci iaitu bukan sahaja
penyucian rohaniah tanah suci bahkan meliputi penyucian fizikalnya
sekali.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
Semoga
Allah سبحانه وتعالى menganugerahkan kita akhir hayat yang baik dengan
amalan kebaikan melebihi daripada segala keburukan yang pernah
dilakukan, dan menghapuskan segala dosa kita hingga kita boleh berhimpun
dalam keadaan sejahtera dan bercahaya di yaumul akhir (Hari Qiamat) nanti.
Aamiin